Tuesday, May 24, 2016

Kurang 2 minggu menjelang Ramadan

Pejam celik pejam celik dah nak masuk Ramadan 1437M. Sekejap sahaja rasa. Bagaimana dengan persedian mental aku ni? Dah ready ker? Apa beza Ramadan tahun ini dan tahun-tahun sebelum ini? Kita jawab slow-slow yer.

Alhamdulillah, Ramadan tahun ini kali pertama Ramadan berkeluarga. Yer lah, baru kahwin untuk tempoh kurang 6 bulan. Memang baru la kan. Risau tu semestinya lah kan. Dua perut nak kena jaga. Eh.. 2 perut lebih sket.

Bila menjelang Ramadan kita akan cerita pasal makan kan? Menu apa pulak aku nak makan Ramadan kali ini. Kalau bujang, ikut sedap mulut jer. Asal telan. Tapi wife aku jenis tak sahur. Takper. Asalkan dia teman aku sahur. Dah ler. Ilmu perkahwinan kan bertolak ansur.

PaRam kembali. Bukan Param artis pendek bangsa India tu la.. PaRam atau nama panjangnya Pasar Ramadan akan kembali menjadi tumpuan. Orang kata kalau jual karipap takda inti pun habis. Nafsu membeli lah katakan. Nafsu makan apatah lagi.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$. Ramadan juga ruang menguji poket anda.. Duit raya ke budak-budak lagi. Walau pun sedekah, still kena bajet juga kan.. Duit belanja lagi. Duit nak pakai masa kerja lagi. Bukan merungut tapi risau. Aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah S.W.T bagi sebab yakin pasti ada sebab.

Lately ni memang poket kering memanjang. Tak perlu salahkan orang lain. Just salahkan diri sendiri kerana tidak pandai mengurus. Itu sahaja.


ps: Lagu Ramadan ni memang dah jadi feveret aku sejak dulu lagi. Haha. Suka hati aku la kan.. hehe.

No comments:

Post a Comment

Share something orait..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...